Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

TalentCorp Promosi Cuti Bersalin 90 Hari

curve
FMT News

TalentCorp Promosi Cuti Bersalin 90 Hari

18 August 2016

Standard itu sudah pun diguna pakai rakan negara Asean yang lain seperti Singapura, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Shareen-Shariza_bersalin_600

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) berkata pihaknya sedang meningkatkan usaha mempromosikan pelaksanaan cuti bersalin 90 hari seperti ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 14 minggu atau 98 hari.

“Piawaian itu sudah pun diguna pakai rakan negara Asean yang lain seperti Singapura, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Vietnam,” kata Shareen Shariza Abdul Ghani dalam satu kenyataan kepada FMT petang tadi.

Kenyataan itu membetulkan laporan FMT sebelum ini, yang memetik laporan China Press, bahawa TalentCrop akan memperkenalkan cuti bersalin 90 hari mulai tahun ini, serta melaporkan 15 minggu sebagai piawai yang ditetapkan ILO.

“Kami berharap penjelasan itu menjelaskan perkara ini,” kata Shareen.

Laporan itu memetik tinjauan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang mendapati lebih 40% wanita pernah berdepan diskriminasi hanya kerana mengandungkan anak, antaranya tidak dibenarkan naik pangkat, tempoh percubaan dilanjutkan, diturunkan pangkat dan diberhentikan.

Shareen berkata promosi cuti bersalin 90 hari itu bertujuan bagi menghalang kehilangan pekerja wanita berkemampuan.

“Sektor awam di negara ini mula melaksanakan sistem itu pada 2011, harap lebih banyak sektor swasta akan turut serta. Ketika ini, sektor perbankan dan akauntan sudah memberi 90 hari cuti bersalin kepada pekerja,” katanya dipetik daripada China Press.

TalentCorp menerusi satu kajian bersama Institut Akauntan Malaysia mendapati, tiga faktor utama wanita berhenti kerja adalah bersalin, menjaga ahli keluarga dan kurang keseimbangan antara kerja dan hidup.

 

News from FMT News

TalentCorp Promosi Cuti Bersalin 90 Hari